PENGENALAN

 

Pusat Pengajian Ummu Ain (PPUA) merupakan sebuah institusi bagi mengajar dan mendidik kanak-kanak di peringkat umur 3 bulan hingga 12 tahun. Ianya ditubuhkan dengan tujuan bagi menyediakan tapak semaian dalam pendidikan kanak-kanak yang berlandaskan Pendidikan Islam yang sebenar.

Pendidikan di Tadika Ummu Ain menekankan kepada perkembangan fitrah semulajadi dan potensi kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang (berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Dengan kaedah ini, Insya Allah ianya akan dapat mengimbangi perkembangan kanak-kanak baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah kenal dan cinta kepada Allah, kenal dan kasih kepada Rasul-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Kaedah ini sesuai dengan sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah yang baik, maka kedua ibubapa merekalah yang akan menjadikan anak-anak ini samada Yahudi, Nasrani atau Majusi."

 

 

 

OBJEKTIF

     MATLAMAT AM

  • Mendapatkan persediaan awal bagi membentuk dan menghayati akhlak mulia mengikut Islam.
  • Mendorong kanak-kanak melatih pancainderanya mendapatkan asas kemahiran dalam pelajaran.
  • Menyuburkan emosi kanak-kanak kepada alam pembelajaran.
  • Mendorong kanak-kanak supaya bersedia memberi kerjasama, tolong menolong dan bertimbang rasa dalam melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan atau berpasukan yang diberi atau disediakan.
  • Mendapatkan dan mengadakan hubungan dengan masyarakat melalui ibubapa kanak-kanak.

     MATLAMAT KHAS

  • Mengasuh dan memberikan didikan awal bagi kanak-kanak sesuai dengan tuntutan syariat:
    "Awal-awal agama ialah mengenal Allah."
  • Mendedahkan diri kanak-kanak kepada menerima asuhan dan didikan dari orang selain dari ibubapa/keluarga atau pengasuhnya.
  • Mendedahkan diri kanak-kanak supaya dapat menyesuaikan dirinya pada alam pendidikan di luar lingkungan rumah atau keluarga.
  • Memberi peluang, mendorong dan melatih kanak-kanak mendapatkan persediaan awal bagi mempelajari asas pelajaran.
  • Melatih menyediakan diri kanak-kanak supaya bersedia menerima sesuatu peraturan yang telah disediakan.
  • Mendorong kanak-kanak supaya dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat kanak-kanak yang sebaya.
  • Menanamkan iman, menyemaikan rasa kasih sayang dan memberi kefahaman tentang penghayatan Islam kepada kanak-kanak.
 
 

KE MENU UTAMA

 

© All right Reserved, © 2002.ummuain.com