| |
PENGENALAN
Rumah Siraman Kasih merupakan sebuah rumah kebajikan yang menaungi
seramai lebih 40 orang anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak ibu
tunggal dan golongan yang layak menerima zakat. Rumah ini telah
diasaskan oleh Pn. Hajjah Kamariah bt Yaakob.
Memulakan operasi di awal 2007, Rumah Siraman Kasih menyewa dua unit rumah
teres 2 tingkat untuk dijadikan asrama anak-anak ini.
Rumah Kebajikan ini telah didaftarkan dengan nama Rumah Siraman Kasih
pada Januari 2008.
MATLAMAT
• Membela anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, anak ibu tunggal,
orang kurang upaya serta asnaf zakat agar mereka mendapat siraman kasih
sayang yang secukupnya serta berpeluang mencapai taraf hidup yang
sempurna.
• Melahirkan insan yang mempunyai peribadi muslim yang baik serta
bermanfaat kepada diri mereka sendiri, keluarga, agama, bangsa dan tanah
air.
AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN
• Berusaha mendapatkan dana untuk disalurkan kepada anak-anak yatim,
fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.
• Menjadi pusat agihan bantuan berupa barangan dan bahan-bahan makanan
kepada mereka yang kurang bernasib baik serta serba kekurangan.
• Berusaha mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak
yatim dan miskin yang menghadapi penyakit kronik dan memerlukan kos
rawatan yang tinggi.
• Mengadakan kelas fardhu-ain, khidmat nasihat dan motivasi
• Menganjurkan rehlah untuk memberi peluang mereka berhibur dan
berekreasi untuk pengisian rohani dan membangunkan jiwa mereka.
Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.
Anda boleh
menghubungi kami terus di talian:
Mak Kamariah: 013-3492273
Sumbangan cek untuk RUMAH
SIRAMAN KASIH boleh di
buat atas nama:
RUMAH SIRAMAN
KASIH
Maybank Banking Berhad 5620
8810 7061
BANTUAN YG DIPERLUKAN
RSK amat memerlukan bantuan dan sokongan dalam menjalankan operasinya.
| |
ANGGARAN
PERBELANJAAN |
|
| BIL |
JENIS
PERBELANJAAN |
RM |
| 1. |
Sewa Rumah |
600.00 |
| 2. |
Bil air,
elektrik & telefon |
400.00 |
| 3. |
Makanan: 20
org x RM8 x 30 hari |
4,800.00 |
| 4. |
Belanja
Sekolah: 20 x RM1 x 22 hari |
440.00 |
| 5. |
Barangan
Keperluan Diri (sabun, syampu, ubat gigi, sabun cuci dsb) |
350.00 |
| 6. |
Rawatan
Kesihatan |
150.00 |
| 7. |
Pengangkutan |
1,200.00 |
| 8. |
Saguhati
Petugas: RM450 x 4 org |
1800.00 |
| 9. |
Pengurusan |
300.00 |
| 10. |
Lain-lain Belanja (maintainence & kecemasan) |
1,000.00 |
| |
JUMLAH BESAR |
11,040.00 |
* Ini adalah anggaran kasar shj. Jumlah
sebenar adalah bergantung kepada keadaan serta keperluan semasa
|
|