RUMAH SIRAMAN KASIH

No. 2, Jalan Desa 12/2, Bandar Country Homes,Rawang,

Selangor Darul Ehsan .

Telefon : 016-2438455 / 016-2634405

 

PENGENALAN
Rumah Siraman Kasih merupakan sebuah rumah kebajikan yang menaungi seramai lebih 40 orang anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat. Rumah ini telah diasaskan oleh Pn. Hajjah Kamariah bt Yaakob.


Memulakan operasi di awal 2007, Rumah Siraman Kasih menyewa dua unit rumah teres 2 tingkat untuk dijadikan asrama anak-anak ini. Rumah Kebajikan ini telah didaftarkan dengan nama Rumah Siraman Kasih pada Januari 2008.

 

MATLAMAT
• Membela anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, anak ibu tunggal, orang kurang upaya serta asnaf zakat agar mereka mendapat siraman kasih sayang yang secukupnya serta berpeluang mencapai taraf hidup yang sempurna.
• Melahirkan insan yang mempunyai peribadi muslim yang baik serta bermanfaat kepada diri mereka sendiri, keluarga, agama, bangsa dan tanah air.
 

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN
• Berusaha mendapatkan dana untuk disalurkan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.
• Menjadi pusat agihan bantuan berupa barangan dan bahan-bahan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik serta serba kekurangan.
• Berusaha mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi penyakit kronik dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.
• Mengadakan kelas fardhu-ain, khidmat nasihat dan motivasi
• Menganjurkan rehlah untuk memberi peluang mereka berhibur dan berekreasi untuk pengisian rohani dan membangunkan jiwa mereka.
Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.

 

Anda boleh menghubungi kami terus di talian:

Mak Kamariah: 016-3313546

Ustaz Azhar Chen: 016-2438455

Sumbangan cek untuk RUMAH SIRAMAN KASIH boleh di buat atas nama:
YAYASAN KEBAJIKAN & PERKHIDMATAN PERUBATAN MALAYSIA (www.ykppm.org)

Maybank Banking Berhad 5620 1210 4020

SILA MAKLUMKAN kepada Bahagian Kewangan YKPPM bahawa sumbangan anda adalah untuk

RUMAH SIRAMAN KASIH.              

    

Sila hubungi Puan Fauziah bt. Che Hashim - HP: 016 3313513

 BANTUAN YG DIPERLUKAN
RSK amat memerlukan bantuan dan sokongan dalam menjalankan operasinya.
 
    ANGGARAN PERBELANJAAN  
BIL   JENIS PERBELANJAAN                RM
1.   Sewa Rumah 600.00
2.   Bil air, elektrik & telefon 400.00
3.   Makanan: 20 org x RM8 x 30 hari 4,800.00
4.   Belanja Sekolah: 20 x RM1 x 22 hari 440.00
5.   Barangan Keperluan Diri (sabun, syampu, ubat gigi, sabun cuci dsb) 350.00
6.   Rawatan Kesihatan 150.00
7.   Pengangkutan 1,200.00
8.   Saguhati Petugas: RM450 x 4 org 1800.00
9.   Pengurusan 300.00
10.   Lain-lain Belanja (maintainence & kecemasan) 1,000.00
    JUMLAH BESAR 11,040.00

* Ini adalah anggaran kasar shj. Jumlah sebenar adalah bergantung kepada keadaan serta keperluan semasa

SENARAI PENYUMBANG

 

KE RUMAH AMAL SIRAMAN KASIH

klik  >

 KE LAMAN WEB TADIKA UMMU AIN

 

fitna, fitna, fitna, fitnah, fitnah, fitnah, Shilpa Lee, sufiah yusof,Shilpa Lee, sufiah yusof