.rumah amal anak yatim

 KLIK UNTUK PROFILE VIDEO

RUMAH SIRAMAN KASIH

No.18-1, , Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes,  Rawang, Selangor  D.E.

Telefon :  016-2634405 / 016-2438455

   
   

 

Terpanggil kami setelah membuat lawatan ke Rumah Siraman Kasih (RSK)  untuk membela nasib anak-anak yang kurang bernasib baik di sini. Rombongan pengurusan & kaki tangan Pusat Pengajian Ummu Ain telah melakukan lawatan ke RSK pada hari Ahad bersamaan 10 Februari 2008.

 

Sehubungan dengan itu, Pusat Pengajian Ummu Ain sedang berusaha untuk mencari penaja dan penyumbang-penyumbang bagi membiayai keperluan Rumah Siraman Kasih ini.

 

Buat masa terdekat ini keperluan yang utama ialah :

A.  Barang-barang keperluan dapor: beras, gula, tepong, telor, buah-buahan dan yang seumpamanya.
 

B.  Melunaskan sewa bulanan bangunan dan bil-bil utiliti (api dan air).

 

C. Alat pandang-dengar & PA System: RSK memerlukan alat di dalam setiap majlis yang ingin dianjurkan.
 

D.  Membuat papan tanda atau banner, agar masyarakat sekitar sedar akan kewujudan RSK dan boleh melihat bersama keperluannya..

 

E.  Permainan Taman & Kerusi-Meja bagi TADIK yang baru dibuka di bawah kendalian RSK, samada baru atau terpakai.
 

FMembeli sebuah van penumpang 12 penumpang untuk pengangkutan ulang-alik ke SK Taman Desa BCH, Rawang.

 

 

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

Mak Kamariah: 013-3492273
 

Sumbangan cek untuk boleh di buat atas nama: RUMAH SIRAMAN KASIH



Doa tuan/puan dipohon agar usaha kita dibantu oleh TUHAN untuk membantu anak-anak kurang bernasib baik ini.

Wassalam
 

 

 

Klik untuk lokasi Rumah Amal Siraman Kasih:

   

 PETA LOKASI:  http://www.wikimapia.org/#lat=3.330248&lon=101.535918&z=18&l=0&m=a&v=2

   

PERANCANGAN JANGKA PANJANG:

Perancangan jangka panjang kami ialah untuk mengambil sebahagian dari anak-anak dari ini untuk ditempatkan di kawasan berdekatan dengan Pusat Pengajian Ummu Ain. Tujuan kami, agar mudah pihak PPUA memantau dan menyalurkan keperluan anak-anak ini. Walau bagaimanapun perancangan ini kami harus kami lakukan dengan teliti, agar kebajikan anak-anak ini tidak terabai memandangkan keperluan tinggal di kawasan Lembah Klang adalah sangat tinggi. Sehubungan dengan itu pihak kami membuka peluang ini kepada tuan/puan sekiranya ada sebarang cadangan untuk menjayakan hasrat ini.

Sila hubungi Rohana : 019-3133430 sekiranya tuan/puan ada sebarangan cadangan atau emial ke : pengurus@ummuain.com

 

 

 
   

KE RUMAH AMAL SIRAMAN KASIH

<   klik   >

 KE LAMAN WEB TADIKA UMMU AIN